MSSB’s Blog

Just another Friendster Blogs weblog

Malu Sesangat

Seorang wanita muda telah ter’bersalin’ di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, “Cik… keluar lah… aper nak dimalukan… perkara biase jer nih.” Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, “Tak mau, tak mau, saya malu.” Psychologist itu menambah, “Alah cik… tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk… pompuan tu beranak dalam longkang!!” Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, “Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!”

Motor vs. Khalwat

Sepuluh Sebab Cuci Motor Adalah Lebih Baik Dari Berkhalwat.

Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.

Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan.

Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.

Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.

Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci motor.

Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.

Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi, depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.

Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.

Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan memecat anda.

Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor.

Paling Tua

Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya….

Bangla dan Rakan-Rakan

Bangla dan rakannya sedang berbual
Bangla : Esok saya nak balik bangladesh, isteri saya mengandung 3 bulan.
Rakan : Wah mesti awak gembira
Bangla : Sudah tentu, sudah 3 tahun saya tak balik!
Rakan : ?????

Tanya

Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter…
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja.

Asli vs. Zorro vs. Robin Hood

Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood.Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik. Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut.

Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal diatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit…

“I AM ZORRO…..”

Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu.

Dengan jobonye jugak…. si Robin Hood kata….

” I AM ROBIN HOOD…………”

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu. Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak.

ZZZZUUUUUPPPPP………….!!!! PPRRAAPP.

Kena kepala pompuan tu dan mati.
Dengan selamba orang asli tu kata…….

……”I AM SORRY….!!”

Salah Tafsir

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN…MINUMLAH ARAK…

Bodoh Tak Boleh Diajar

Di suatu pagi yg menyinar..di warung kopi,terdapat seorang penduduk org asli yg ingin minum pagi di warung tersebut. apabila tuan warung ingin mengambil order..bertanyalah org asli ini..”berapa harga teh panas dan berapa pula harga teh sejuk”…jawab tuan warung..”teh panas RM0.70 ,teh sejuk RM 1.20…”..maka org asli tersebut meminta teh panas..

apabila teh panas telah sampai..cepat2 org asli tersebut meminumnya sampai habis….pelik tuan warung melihatnya….lalu beliau bertanya..”kenapa kamu minum terlalu cepat..tak rase panas ke..??”

jawab si org asli tersebut..”emm..mestilah kene minum cepat teh panas ni, kalau minum lambat nanti jadi teh sejuk, kene plak bayar Rm1.20..saya ada Rm 0.70 je..”..tuan warung pun tersengih…

Tak Pasal-Pasal

Ada Empat Orang Tengah Tunggu Lif. Sorang Tu Doktor, Sorang Lagi Tu
Engineer, Yang Ketiga Tu Peguam Dan Yang Last Sekali Tok
Imam.Tengah-Tengah Boring Dok Tunggu Lif Tuh, Datang Le Sorang Awek Cun
Yang Teramat-Amatlah Seksi.

Bila Lif Sampai Semua Orang Pun Naik Le. Dalam Masa Lif Tu Nak Naik Ke
Atas, Tiba-Tiba Elektrik Terputus. Lif Tu Pun Berhentilah Dengan
Tiba-Tiba Dalam Keadaan Gelap Gelita. Dalam Black Out Tu, Mulalah Ada
Salah Sorang Dari Melaun Tu Gatal Pulak Nak Buat Kurang Ajar Dengan
Pompuan Seksi Tu. Puas Dia Dok Meraba Pompuan Tu Dalam Gelap!

Tiba-Tiba, Elektrik Dah Okay Balik. Pompuan Tu Pun Tengok Kat Si
Engineer, Lepas Tu Kat Si Doktor, Ketiga Kat Si Peguam. Last Sekali Kat
Tok Imam. Dengan Geramnya Minah Tu Bagi Si Tok Imam Satu Penampar Jepun
Yang Teramatlah Kuat.”Heiii, Tua-Tua Bangka Pun Ada Hati Nak Meraba Lagi
Tu !!!”Jerit Si Pompuan Seksi Sambil Menunjuk Bijik Penumbuknya Kat Muka
Tok Iimam Tu..
Soalan : Ngapa Pompuan Tu Sure Gila Tok Imam Tu Yang Buat Dajal?

Kerana???. Tok Imam Tu Sorang Je Laki!!

kesian….x ker naya…….

Kesah Lawak Akowh

Kesah 1

” Ada sorang makcik kelantan nih, dia mai HKL nak carik sedara dia eksiden.

Sampai kat HKL dia tanya la sorang nurse kat situ… dalam loghat kelantan la

“nak tupe tanyo, mana dio wad kecemase”

Nurse tu selamba jer jawab… .

“wad kencing masam takde… .wad kencing manis ader la”… .

Kesah 2

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital
ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka

Perkara ini sangat membingungkan para doktor… Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut… Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya… beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur… Beberapa
dok! tor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..

Masa berputar… pukul 08:00am.. 08:30am sehingga
jam 9.00 am… tiba-tiba… … Pintu bilik ICU itu terbuka… .
Kemudian masuklah Makcik Bedah… . Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..

Masuk… mendekati katil keramat tersebut… dan terus mencabut… . soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya…

Kesah 3

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : “Siapa disini yang ada burung?” Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah “bukan itu maksud saya”. Lalu di ajukan soalan yang lain… … . “maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?”

Maka seluruh penduduk wanita berdiri. kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah dia menyambung, “maaf, bukan itu maksud saya”. Sekali lagi dia cuba bertanya, “maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya”? Separuh penduduk wan! ita berdiri.

Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi, “maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan sa ya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?”

Lalu, Isteri lelaki itu pun pun berdiri… .