MSSB’s Blog

Just another Friendster Blogs weblog

Yahooo,Manchester menang !!!!

manchester united Pictures, Images and Photos

Manchester United Pictures, Images and Photos

Gua x sangka Manchester United menang kali ini slepas 2 minggu berturut-turut kalah. Membelasah Aston Villa 3-2. Pergh,Ronaldo skor 2 gol (minit ke-13 n minit ke-81),Macheda skor satu gol (minit ke-93). Ni aku bru lepas tgk ni. Gembira btol aku. Nak menangis daa. Haha

XINOXION BAND

Dari kiri ke kanan : Firhadis,Azman,Syamim,Hakim,Fitri.

Dari kiri ke kanan : Firhadis,Azman,Syamim,Hakim,Fitri.

Dari kepala atas ke kepala bawah : Hasnain,Fitri (Buka Baju),Azman,Firhadis,Syamim,Hakim

Dari kepala atas ke kepala bawah : Hasnain,Azman,Fitri,Firhadis,Syamim (Kiri),Hakim (Kanan)

Dari kiri ke kanan : Firhadis,Hasnain,Syamim,Hakim,Fitri

Angkuh Sangat

Satu hari berlakulah bertengkaran yang hebat disebuah reban kambing dan sebuah reban ayam.. pertelingkahan tu menyebabkan satu kampong heboh… beginilah kisahnya.

Kambing : Apalah kau ni ayam… Baju ada tapi berkaki ayam tak
malu ke… . kah kah kah
Ayam : Kau tu dah baju jarang nampak kemaluan … lagi malu
pa. kah kah kah

Ayam : Daging aku lazat.. enak sehingga menjilat jari..
Kambing : Lazat pun bukan boleh buat korban…

Kambing : Apalah kau ni bertelur sebiji riuh sekampong
Ayam : Aku bertelur setiap hari… kau tu beranak setahun
sekali.. hebat apakebendanya.
Kambing : Aku hebat… .. yahoooo
Ayam : Aku hebat … . yahoooo

Perbualan mereka yang riuh menyebabkan tuan rumah terjaga lalu keluar melihat apa pasal yang riuh… tuan rumah lalu keluar dan mengambil pisau terus menyembelih kedua dua binatang tu sambil berkata… .. Ha… . sekarang sapa yang hebat..!!!

Pagar Tinggi

Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu,
seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi.
Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar
dengan ketinggian lima kaki.

Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi.
Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku
setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka kelauar dari kawasan kurungannya
itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.

Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali
ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, “Agak-agak
kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?”. Kanggaru itu menjawab, “Mungkin sehingga
beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam seterusnya”.

50 Sen

Pada suatu hari Jumaat yang hening Amat naik bas ke masjid untuk
menunaikan sembahyang Jumaat.
Mak Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik
memandangkan Amat dah pun makan tengahari di rumah, adapun perjalanan ke
masjid itu 10 km jauhnya.

Amat pun membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu,
lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50
sen sekeping. Amat pun ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.

Sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua
memandangkan saf pertama sudah pun penuh adanya.

Setelah azan berkumandang, pak imam pun mengimamkan solat Jumaat.

Amat pun menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaah rukuk
termasuk Amat sekali… tiba-tiba duit 50 sen nya jatuh dan tergolek
betul-betul jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau
bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas-panas terik tu..amat pun
berbisik kepada orang dihadapannya…

Amat: “jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti… ”
lalu orang itupun menjawab…

Alah,setakat 50 sen aku tak heran la, tak der sape nak ambik duit kau
tu”.
Lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di
dalam sembahyang pun berkata…

” eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap”
Selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara

” Yang kau bercakap tu aper ?”… .

sahlah… sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen.

Mudah Sangat Buruk Sangka

Alkisah diceritakan kat sebuah kampung, ada seorang mamat ni, namanya Poyoo Ulam Penggaga. Dia ni kaya-raya…jutawan gitu… rumah sewa… ladang-ladang… estet-estet… macam-macam laa dia ada.. Adik-beradik Ismet Ulam Raja…. Dia ni tak pernah duduk kat hotel… Entah macam mana, dia ni teringin sangat nak duduk kat hotel 5 bintang…. Apa lagi, diapun bersiaplah untuk pergi ke Kuala Lumpur.. Tempahan telah pun dibuat, 7 hari 7 malam gitu…..

Dipendekkan cerita, maka tibalah masanya yang ditunggu-tunggukan oleh Poyoo Ulam Penggaga ni nak merasa tinggal kat hotel 5 bintang. Sampai di KL dia terus ke hotel dan membayar tempahan sekaligus… Dia telah diberikan layanan istimewa dan ditempatkan ditingkat 8…

Dia telah dibantu oleh seorang pekerja hotel tu untuk menolongnya mengangkat beg-beg untuk kebilik (7 hari mestilah banyak yang dibawanya…) Dengan tak semena-mena Poyoo Ulam Penggaga pun marah lah kat pembantu hotel tu …..

Poyoo Ulam Penggaga: Apa ni, saya bayar punyalah mahal, dapat bilik kecik nak mampus, bilik air pun takde, katil pun takde, macammana hotel ni boleh dapat anugerah 5 bintang… kemarahannya ditujukan ke arah pembantu hotel tu.

Dengan segeranya pembantu itu menjawab….
Pembantu Hotel: Tuan, kita ni baru berada dalam lif……

Poyoo Ulam Penggaga: ……………….

Orang Kampung

Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall…
Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung… Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia….
” Pak, itu amenda pak?”
Bapak menjawab,” Entah lah nak….bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh….”

Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut…..lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup…..tidak lama kemudian lif terbuka…TINGGGG!!!!!
keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN…
lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah…

“NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH….CEPAT

Pak Pandir dan Ikan Keli

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang…

Mak Andih : Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.

Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?

Mak Andih : Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.

Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.

Mak Andih: ???

Kerana Cemas

Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.

Lelaki: “Hello… tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!”
Jururawat: “Sila bertenang… ini anaknya yang pertama ke?”
Lelaki: “Apa la punya bangang… ni laki dia la!”
Jururawat: “Erkkk…”

Nendaku

Chep(Nama samaran) bagitau tunang dier Lara Croft(Juga nama samaran) teringin nak jumpa nenda Lara. Satu hari, Lara berkesempatan memperkenalkan Chep kepada nendanya. Sambil duduk menunggu, Chep mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk. Nenda Lara keluar lalu Chep bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, “Maaflah nek, abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi.” Dengan selamba ala salesman budak-budak pakai tie jual calculator, nenda Lara berkata, “Takpe, Lara memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu.”